Sunday, October 23, 2016
Siti Hawa
Siti Hawa adalah wanita pertama yang Allah Swt. ciptakan untuk menemani Adam a.s. Beliau adalah wanita pertama yang mampu mengemban amanah memberikan ketentraman bagi suaminya. Adam a.s. diberi tempat oleh Allah Swt. di surga dan diciptakan baginya Hawa untuk mendampinginya menjadi teman hidup, menghilangkan rasa kesepian dan melengkapi fitrahnya untuk menghasilkan keturunan.
Ketika Nabi Adam sedang tidur Allah Swt. telah memerintahkan kepada para malaikat agar mengeluarkan tulang rusuk Adam yang kiri tanpa merasa sakit.Kemudian Allah Swt. telah menciptakan Siti Hawa.Hawa sangat cantik dan menawan. Allah Swt. telah meletakkan dalam dirinya kesucian dan budi pekerti yang baik.Pernikahan antara Adam dan Hawa terjadi di syurga.Maharnya ialah tahlil dan tasbih kepada Allah Swt. Setelah itu Allah Swt. membangungkan Adam as. dari tidurnya, sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as. bertanya: Siapakah Engkau? Siti Hawa menjawab Aku diciptakan Allah Swt. untuk dirimu. Adam berkata: Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang mendekati aku. Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam. pihak lelaki menemui atau meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: Wahai Adam, bersabarlah!, sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah. Kemudian Allah Swt. memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah Swt. memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah Swt. berkhutbah: Alhamdulillah pujian untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku.
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: Ya Allah Swt. apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? berfirman: Bukan Wahai Adam as.
Adam bertanya lagi: Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah Swt. berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah Swt. Saw. Swt., apakah yang harus aku lakukan? Swt. berfirman: Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.
Allah Swt. berfirman kepada Adam as.: Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah Swt. berfirman: Shollu Alaihi Wasallimu berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.
Adalah iblis yang tidak senang dengan hal tersebut mulai menganggu Adam dan Hawa yang hidup di surga. Segala cara dan kata-kata halus digunakan untuk membuat Adam dan Hawa agar memakan buah dari pohon terlarang. Bujukan itu terus menerus diberikan kepada Adam dan Hawa sehingga akhirnya mereka terbujuk dan memakan buah dari pohon larangan tersebut. Mereka akhirnya melanggar ketentuan Allah Swt. , sehingga mereka diturunkan ke bumi. Allah Swt. berfirman, Turunlah kamu! Sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan. (QS Al Baqarah: 36)
Mendengar firman Allah Swt. tersebut, Adam dan Hawa sadar bahwa mereka telah terbujuk rayuan setan. Mereka mendapat dosa besar dan bertobat. Allah Swt. menerima tobat mereka dan berfirman: Turunlah kamu dari surga itu! kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak akan kekhawatiran atas mereka dan tidak pula bersedih hati (QS Al Baqarah: 38)
Ketika Adam as. dan Hawa dihukum dengan diturunkan ke bumi diceritakan oleh Ibnu Abbas, yakni: Adam, Hawa, Iblis dan ular. Mereka turun ke bumi di sebuah daerah yang diberi nama Dujjana, yang terletak antara Mekah dan Thaif. Ada juga yang berpendapat Adam turun di Shafa, sementara Hawa di Marwah. Telah disebutkan dari Ibnu Abbas juga bahwa Adam turun di tanah India. Diriwayatkan Ibnu Saad dan Ibnu Asakir dari Ibnu Abbas, dia mengatakan: Adam diturunkan di India. Sementara Hawa di Jeddah. Kemudian Adam pergi mencari Hawa sehingga dia mendatangi Jaman (yaitu Muzdalifah atau Al-Masyar). Kemudian disusul (izdafalat) oleh Hawa. Oleh karena itu, tempat tersebut disebut Mudzalifah.
Diriwayatkan pula olehThabrani dan Nuaim di dalam kitab Al-Hilyah. Serta Ibnu Asakir dari Abu Hurairah dia bercerita, Rasulullah Saw. bersabda: Adam turun di India. Ibnu Asakir menyebutkan ketika Adam turun ke bumi dia turun di India. Di dalam riwayat Thabrani dari Abdullah bin Umar disebutkan, Ketika Allah Swt. menurunkan Adam, Dia menurunkannya di tanah India. Kemudian dia mendatangi Mekah, untuk kemudian pergi menuju Syam (Syria) dan meninggal di sana (HR. Thabrani).
Dari riwayat-riwayat secara global disebutkan bahwa Adam turun ke bumi di India (semenanjung Syrindib, Ceylan) di atas gunung yang bernama Baudza. Di dalam kitab Rihlahnya, Ibnu Bathutah mengatakan: Sejak sampai di semenanjung ini, tujuanku tidak lain, kecuali mengunjungi Al-Qadam al-Karimah. Adam datang ketika mereka tengah berada di semenanjung Ceylan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment